Polis tahan anak bantu siasatan kematian bapa 

Polis tahan anak bantu siasatan kematian bapa 

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Helah seorang lelaki mendakwa bapanya berusia 76 tahun dalam keadaan separa sedar akibat terjatuh, terbongkar selepas pemeriksaan perubatan mendapati kecederaan warga emas itu berpunca daripada objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner, Muhamad Farid Ahmad berkata, anak lelaki mangsa sebelumnya mendakwa bapanya terjatuh di rumah mereka di Seri Kembangan sebelum menghantarnya ke Jabatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz(HCTM),Cheras pukul 3 petang, pada Isnin.

“Menurut aduan yang diterima, mangsa masih dalam keadaan separa sedar ketika dibawa oleh anaknya ke Jabatan Kecemasan HCTM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, pemeriksaan awal mendapati corak lebam pada badan mangsa tidak teratur disyaki kecederaan disebabkan objek tumpul sebelum laporan polis dibuat oleh pegawai perubatan bertugas.

“Bertindak daripada laporan, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang telah membuat tangkapan terhadap anak mangsa di lobi Jabatan Kecemasan HCTM pada pukul 9.30 malam hari yang sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, namun diubah kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kecederaan  di kepala berpunca daripada objek tumpul menyebabkan kematian warga emas tersebut pada Khamis,” katanya.

Hasil semakan mendapati suspek memiliki 11 rekod jenayah lampau namun negatif dadah,dan kini direman sehingga Jumaat depan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×