KYIV: Ruang udara Ukraine ketika ini dihujani peluru berpandu dan serangan roket daripada tentera Rusia ketika pertempuran antara dua negara itu dilaporkan masih berlangsung.
Rusia dilaporkan mengerahkan pasukan tenteranya masuk dari ‘segenap penjuru’ ke Ukraine, sama ada menerusi laluan darat, mahu pun udara.
Ukraine memaklumkan beberapa pertempuran dengan Rusia menyaksikan ratusan askarnya maut dan lebih 40 cedera.
Keadaan di Kyiv pula semakin genting apabila ribuan penduduk mula ‘angkat kaki’ untuk menyelamatkan diri.
Situasi di beberapa lebuh raya utama dilihat sesak dengan kenderaan yang ingin keluar dari Kyiv. – AFP/AGENSI