Rakyat Malaysia lembam bakal jalani hukuman gantung di Singapura - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia lembam bakal jalani hukuman gantung di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia dari Sabah, Pausi Jefridin, yang lembam atau mempunyai tahap IQ rendah, dijadualkan menjalani hukuman gantung sampai mati di republik ini pada Rabu depan.

Selain Pausi, seorang warga Singapura, Roslan Bakar akan turut menjalani hukuman mati pada hari yang sama.

Menurut wartawan Singapura yang mengikuti rapat kes berkenaan, Kirsten Han, ahli keluarga Pausi dan Roslan hanya dimaklumkan mengenai tarikh penggantungan itu pada 9 Februari lalu.

Meskipun berdepan kesukaran memasuki Singapura, difahamkan ahli keluarga Pausi kini berada di republik itu.

Pausi dan Roslan didapati bersalah menyeludup dadah jenis diamorfin seberat 96.07 gram dan methamphetamine seberat 76.37 gram pada 2010.

Menurut kenyataan oleh Rangkaian Antihukuman Mati Asia (ADPAN), walaupun Pausi disahkan sebagai kurang upaya intelektual dengan IQ pada tahap 67, masalah kurang upaya itu ditolak hakim mahkamah.

Penghakiman menyatakan bahawa ‘tahap IQ yang rendah bukan bukti minda tidak normal’.

Sebelum ini, seorang lagi rakyat Malaysia dengan IQ rendah, Nagaenthran K Dharmalingam, turut berdepan dengan hukuman mati pada 10 November 2021.

Namun, dia diberi penangguhan pelaksanaan hukuman oleh Mahkamah Rayuan dan bakal berdepan proses rayuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.