Polis Medan cekup 20 PATI tunggu giliran masuk Malaysia - Utusan Malaysia

Polis Medan cekup 20 PATI tunggu giliran masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Polis Tanjung Balai menahan 20 pendatang tanpa izin (PATI) di sebuah rumah di sini dan mereka dipercayai bakal masuk ke Malaysia secara haram.

Jurucakap Tanjung Balai, Ahmad Dahlan Panjaitan berkata, kesemua PATI itu ditahan kelmarin dalam satu operasi.

Ahmad memberitahu, polis melakukan serbuan selepas memperoleh maklumat mengenai sekumpulan PATI yang bersembunyi di sebuah rumah penduduk setempat di Datuk Bandar, Tanjung Balai.

Katanya, hasil risikan, terdapat kira-kira 20 PATI yang menunggu giliran untuk masuk ke Malaysia menggunakan jalan haram.

“Daripada jumlah itu, seramai tujuh wanita dan 13 lelaki ditahan.

“Kesemuanya berasal dari pelbagai wilayah termasuk Sumatera, Jawa dan Nusa Tenggara Timur,” katanya.

Polis turut merampas beberapa bahan bukti berupa dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan palsu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN