Penyanyi Bollywood, Lata Mangeshkar meninggal dunia - Utusan Malaysia

Penyanyi Bollywood, Lata Mangeshkar meninggal dunia

LATA MANGESHKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Penyanyi lagenda Bollywood, Lata Mangeshkar meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Beliau meninggal di sebuah hospital di Mumbai selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi sejak 11 Januari lalu akibat jangkitan Covid-19.

Perdana Menteri India, Narendra Modi menzahirkan kesedihan atas pemergian penyanyi berbakat itu.

“Saya kehilangan kata-kata kerana amat sedih dengan pemergian ini.

“Lata Didi (nama panggilan Mangeshkar) yang baik hati dan penyayang sudah tinggalkan kita dan kehilangannya tidak boleh diganti,” kata Modi dalam Twitter.

Mangeshkar dilahirkan pada 28 September 1929 di bandar Indore dan memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika berusia 13 tahun.

Lima tahun selepas itu, Mangeshkar melakar nama menerusi nyanyian dalam filem ‘Aapki Sewa Mein’.

Sepanjang kariernya, wanita itu sudah menyanyi menerusi lebih 1,000 buah filem. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN