JAKARTA: Satu video menunjukkan seorang pengantin lelaki menyolek wajah pengantin perempuan menjadi tular dalam media sosial.
Hal ini kerana, pengantin lelaki itu ‘diupah’ oleh isterinya untuk menyoleknya untuk majlis perkahwinan mereka.
Lelaki tersebut dipercayai bekerja sebagai jurusolek artis sebelum bertemu dengan bakal isterinya.
Video tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak dengan kebanyakannya menyifatkannya sebagai ‘momen paling manis’.
Video itu menunjukkan pengantin lelaki sedang memperbetulkan solekan pada wajah isterinya sebelum majlis berlangsung.
Selepas solekan selesai, pengantin lelaki itu menyiapkan dirinya dan kedua-duanya bersanding di pelamin.
Sehingga hari ini, video itu sudah ditonton lebih sejuta pengguna TikTok dan menerima pelbagai komen.
“MUA merangkap pengantin, mudah sekali,” tulis seorang pengguna TikTok.
Tribunnews melaporkan, pasangan pengantin itu bersanding dalam satu majlis di Wonosobo, Jawa Tengah.