Pasangan suami isteri dipaksa bayar jutaan rupiah tebus bayi sendiri

Pasangan suami isteri dipaksa bayar jutaan rupiah tebus bayi sendiri

tebus bayi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA: Sepasang suami isteri perlu membayar 25 juta rupiah (RM7,302) bagi tebus bayi mereka yang diserahkan kepada keluarga terdekat.

Lapor Tribunnews, Pipin Patrudin, 38, dan Unung Siti Zaenab, 44, menyerahkan anak mereka itu selepas dilahirkan beberapa minggu.

Pasangan yang tinggal di Kampung Cipancur, Cisaruni, Padakembang itu memberitahu, mereka tidak pernah berniat untuk menyerahkan darah daging sendiri kepada keluarga lain.

Namun, ketika itu, mereka memberi keizinan kerana saudaranya belum mempunyai anak sendiri apabila diminta tebus ekoran mereka mahu memelihara sendiri.

“Saat itu mereka memberikan alasan untuk membela anak kami supaya mereka dapat memiliki pewaris sendiri segera.

“Masa itu, mereka juga memberikan kami sejuta rupiah (RM292) sebagai wang mengambil bayi itu,” luahnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN