Pintu sempadan bakal dibuka, Australia longgar sekatan Covid-19

Menjelang pembukaan sempadan, Australia longgarkan banyak sekatan Covid-19

ANGGOTA polis berjalan melepasi Sydney Opera House di Sydney. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Aktiviti kelab malam di Sydney dan Melbourne boleh dibenarkan bermula esok, ketika Australia hampir melonggarkan semua sekatan Covid-19 berikutan penurunan jumlah jangkitan.

Kelonggaran itu juga dilaksanakan ketika Australia akan membuka semula pintu sempadanya secara penuh bermula Isnin depan.

“Kita tidak mahu meneruskan sekatan dalam tempoh lebih lama dan berdasarkan situasi ketika ini, iaitu penurunan kemasukan pesakit ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU), ini adalah masa yang tepat untuk melakukanya,” kata Ketua Menteri New South Wales, Dominic Perrottet.

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 di negara ini menurun lebih separuh iaitu kepada 2,600 kes berbanding 5,400 sejak lebih tiga minggu lalu.

Seperti kebanyakan negara lain, Australia juga tidak terlepas dengan gelombang jangkitan yang diakibatkan oleh varian Omicron sehingga melonjakkan kes jangkitan.

Bagaimanapun, keadaan mulai reda selepas program suntikan dos penggalak mula diterima penduduk.

New South Wales dan Victoria yang menempatkan lebih separuh daripada 25 juta populasi Australia merupakan negeri paling teruk dilanda penularan Omicron sehingga beberapa sekatan dilaksanakan bagi mengawal keadaan.

Bermula esok, sejumlah tempat tertutup dibuka semula kepada orang ramai dan daftar masuk kod QR hanya diperlukan di kawasan tumpuan ramai dan berisiko tinggi.

Selain itu, pemakaian pelitup muka hanya diperlukan ketika menaiki pengangkutan awam dan tempat tertutup di lapangan terbang dan hospital bermula 25 Februari ini.

Dalam pada itu, kuarantin untuk golongan pengembara antarabangsa yang tidak divaksin turut dipendekkan kepada tujuh hari berbanding dua minggu sebelum ini.

Sebanyak 2.7 juta kes positif Covid-19 direkodkan sejak kemunculan Omicron pada penghujung November lalu dengan kes kematian kekal sebanyak 4,836. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN