Mark Zuckerberg ancam tutup FB, IG di Eropah - Utusan Malaysia

Mark Zuckerberg ancam tutup FB, IG di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Aplikasi media sosial milik Meta yang popular termasuk Facebook dan Instagram mungkin diharamkan di United Kingdom (UK) dan Eropah.

Lapor Daily Star, pengasasnya, Mark Zuckerberg mengancam untuk menghentikan ‘perkhidmatan teras’ dari rantau tersebut berikutan pertikaian mengenai undang-undang perlindungan data dengan Eropah.

Meta mengeluarkan amaran yang memaklumkan syarikatnya boleh menghentikan perkhidmatan sekiranya Eropah tidak membenarkannya melakukan ‘pemindahan data transatlantik’.

Ia bermakna pemindahan data peribadi orang ramai daripada server selamat di Eropah, yang mana dikawal ketat, ke Amerika Syarikat (AS).

Meta menerusi laporan tahunan kepada agensi kerajaan AS, memaklumkan syarikatnya mungkin perlu berhenti menawarkan ‘produk dan perkhidmatan penting’ sekiranya rangka kerja baharu itu tidak diterima pakai.

Meta mendakwa perkongsian data antara negara dan wilayah adalah penting untuk menyediakan perkhidmatannya.

Namun, Mahkamah Kehakiman Eropah menghalang syarikat itu daripada berbuat demikian sejak Julai 2020.

Sementara itu, seorang jurucakap Meta memaklumkan, pihaknya sama sekali tidak berhasrat mahupun bercadang untuk berundur dari Eropah.

Namun, Meta dan kebanyakan perniagaan, organisasi dan perkhidmatan lain bergantung sepenuhnya pada pemindahan data antara Kesatuan Eropah (EU) dan AS untuk mengendalikan perkhidmatan global.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.