Lalu jalan pintas, suami isteri maut kereta masuk gaung - Utusan Malaysia

Lalu jalan pintas, suami isteri maut kereta masuk gaung

PASUKAN keselamatan mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan yang terjunam ke dalam gaung di Banyuwangi, Jawa Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANYUWANGI: Sepasang suami isteri maut selepas kereta mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Gunung Ijen, di Banyuwangi, Jawa Timur.

Suami isteri yang dikenali sebagai Muhsin, 49, dan isterinya, Siti Mualifah, 46, itu dilaporkan mahu menggunakan jalan pintas dari Bondowoso ke rumah mereka di Desa Benculuk.

Namun, pasangan itu tidak berapa mahir dengan jalan yang dilalui menyebabkan kenderaan mereka hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung.

Jurucakap polis, Dalyono mengesahkan insiden itu dan pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian.

“Keadaan jalan yang berliku dan licin akibat hujan menjadi antara faktor kemalangan itu berlaku, selain mangsa yang tidak mahir dengan jalan di situ,” katanya.

Menurut beberapa saksi, kenderaan yang dipandu mangsa meluru laju sehingga ke jalan berbelok sebelum hilang kawalan.

Turut ditemukan dalam kenderaan itu adalah dua kanak-kanak yang dipercayai merupakan anak pasangan tersebut dan mereka hanya mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya