Maaf, saya tidak berminat untuk berperang - Putin

Maaf, saya tidak berminat untuk berperang – Putin

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan Moscow sama sekali tidak berminat berperang dengan negara Eropah di sebalik ketegangan yang semakin membimbangkan di Ukraine. 

Bagaimanapun, Putin menuntut isu hubungan Kyiv dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diselesaikan sepenuhnya dengan segera. 

Bercakap dalam sidang akhbar Selasa lalu, selepas mengadakan perbincangan dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz, Putin berkata, Rusia dimaklumkan oleh kuasa barat mengenai jirannya tidak akan menyertai pakatan tentera transatlantik dalam masa terdekat. 

Namun, katanya, amaran itu bukan jaminan yang memuaskan. 

“Kita perlu selesaikan persoalan ini segera dan berharap kebimbangan ini didengar dan diambil serius.

“Adakah kita betul-betul berminat berperang di Eropah? Sudah tentu tidak. Sebab itu, kita cadang proses perundingan yang menjadi perjanjian untuk memastikan keselamatan yang sama rata bagi semua orang termasuk di Rusia,” kata Putin kepada wartawan di Moscow.  

 

BARAT PARANOID  

Timbalan Duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dmitry Polyanskiy menyindir pemimpin barat kerana mereka sepatutnya berjumpa doktor akibat ‘paranoid’ berhubung kebimbangan 100,000 tentera Rusia berada di sempadan Ukraine.

“Saya fikir mereka perlu berjumpa doktor pakar yang mengendalikan kes paranoid. 

“Tentera kami berada di wilayah sendiri dan mereka tidak memberikan sebarang ancaman kepada sesiapa.

Ditanya mengenai bilangan tentera Rusia yang dikerah di kawasan sempadan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan bersama Belarus, Polyanskiy tidak mengetahui bilangan tersebut. 

“Saya tidak tahu mengenai jumlah tersebut kerana terlalu banyak spekulasi mengenainya.

“Saya rasa latihan ketenteraan bersama Belarus akan berakhir dalam tempoh seminggu. Selebihnya, saya tidak tahu,” jelasnya.

WEB UKRAINE DIGODAM

Ukraine mendedahkan laman web Kementerian Pertahanan dan angkatan tentera negara itu, termasuk dua institusi bank mengalami serangan siber yang berkemungkinan besar diserang dari Rusia.

Pengumuman dari badan pemerhati komunikasi Ukraine muncul dengan bekas republik Soviet itu melahirkan kebimbangan mengenai pencerobohan daripada tentera Rusia yang menjalankan latihan ketenteraan besar-besaran di kawasan sempadan. 

Laman web yang digodam termasuk bank simpanan negara Oschadbank dan Privat yang merupakan institusi kewangan terbesar di negara itu. 

Kedua-dua bank itu meneruskan semula perkhidmatan Selasa lalu, namun, laman web ketenteraan masih belum dapat diakses beberapa jam selepas laporan mengenai serangan itu.

Serangan siber Selasa lalu muncul selepas sebulan serangan lain yang melumpuhkan laman web kerajaan. 

NATO bertindak balas dalam beberapa jam selepas serangan Januari lalu, dengan mengumumkan perjanjian kerjasama perang siber dengan Kyiv. 

Kesatuan Eropah juga menggerakkan ‘semua sumbernya’ bagi membantu Ukraine ketika itu. 

Perjanjian itu dicipta bagi melindungi Ukraine dari Rusia dan proksi persendirian yang melakukan jenayah siber bagi pihak Kremlin.  – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya