Kumpulan rock Thailand tolak undang-undang hina keluarga diraja menerusi lagu - Utusan Malaysia

Kumpulan rock Thailand tolak undang-undang hina keluarga diraja menerusi lagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Ratusan pengunjung menghadiri konsert kumpulan rock Thailand yang dikenali sebagai Thai Defying Decay di sini semalam.

Ketika mengadakan persembahan, kumpulan itu sempat menyampaikan sebuah lagu berjudul ‘The Law 112: Secrecy and Renegades’yang jelas berbaur politik.

112 merupakan kod jenayah diraja Thailand yang menyaksikan mana-mana pihak mengkritik atau menghina keluarga diraja boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

“Saya mahu orang ramai mempunyai pandangan tersendiri mengenai lirik dalam lagu berkenaan.

“Lirik lagu itu juga tidak hanya tertumpu kepada jenayah diraja, malah melibatkan beberapa jenayah lain termasuk rasuah yang semakin berleluasa,” kata penyanyi utama kumpulan tersebut, Poom Euarchukiati.

Thailand masih berdepan dengan krisis politik apabila kebanyakan penduduk negara ini mendesak reformasi dilakukan segera dengan menuntutu Perdana Menteri, Prayuth Chan-O-Cha meletak jawatan dan memansuhkan undang-undang hina keluarga diraja. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya