Kes kematian Covid-19 di India cecah 500,000 orang - Utusan Malaysia

Kes kematian Covid-19 di India cecah 500,000 orang

KELUARGA pesakit Covid-19 yang meninggal dunia menunggu untuk melakukan upacara pembakaran mayat di New Delhi, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Jumlah kematian akibat Covid-19 di India mencecah 500,000 kes hari ini dengan pelbagai pihak menyatakan angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Kemas kini harian menunjukkan jumlah kes kematian akibat koronavirus di negara ini mencecah 500,055, meningkat 1,072 dalam tempoh 24 jam.

Jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 41.9 juta, sekali gus menjadi negara kedua merekodkan kes jangkitan paling tinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Jumlah kes jangkitan meningkat mendadak berikutan penularan varian Omicron, namun mula mereda sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, banyak pakar analisi berpandangan India sebenarnya sudah pun merekodkan 500,000 kematian sejak tahun lalu, namun banyak kes yang tidak direkodkan secara rasmi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN