Jerman mahu guna jantung babi pada manusia - Utusan Malaysia

Jerman mahu guna jantung babi pada manusia

SAINTIS Jerman merancang mengklon dan membiakkan babi yang diubah suai genetik untuk membolehkan jantungnya digunakan manusia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Kumpulan saintis Jerman merancang untuk mengklon dan membiakkan babi yang genetiknya sudah diubah suai bagi membolehkan jantung haiwan itu digunakan oleh manusia menerusi pembedahan pemindahan organ.

Saintis di Universiti Ludwig-Maximilians (LMU), Eckhard Wolf berkata, pasukannya menyasarkan babi spesies baharu yang genetiknya diubah suai dari baka Auckland itu bersedia untuk pemindahan organ menjelang 2025.

Pada bulan lalu, pasukan pakar bedah di Universiti Perubatan Maryland, Amerika Syarikat (AS) berjaya memindahkan jantung babi kepada seorang pesakit lelaki.

Pakar perubatan memaklumkan, lelaki itu memberi tindak balas yang positif biarpun terdapat risiko jangkitan, penolakan organ atau peningkatan tekanan darah.

“Konsep kami adalah menggunakan model yang lebih mudah iaitu menerusi lima pengubahsuaian genetik,” kata Wolf yang kini berdepan dengan pelbagai pandangan berhubung rancangannya.

Jerman merupakan satu daripada negara Eropah yang mempunyai kadar pendermaan organ paling rendah dan perjuangan hak asasi haiwan yang kuat.

Selain itu, Wolf memaklumkan, generasi pertama babi yang diklonkan dijangka dilahirkan pada tahun ini dan jantung haiwan itu bakal diuji pada babun sebelum meluluskan ujian klinikal terhadap manusia dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

Kumpulan penyokong Wolf menegaskan organ haiwan dapat memendekkan senarai menunggu pemindahan organ, manakala kumpulan pencinta haiwan menyifatkannya sebagai penganiayaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya