Ini negara saya, saya tidak akan larikan diri - Zelensky

Ini negara saya, saya tidak akan larikan diri – Zelensky

VOLODYMYR ZELENSKY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menegaskan beliau dan keluarganya akan terus berada di Kyiv serta tidak akan sesekali melarikan diri, biarpun mengetahui dirinya adalah sasaran utama Rusia.

“Ini negara saya, saya dan keluarga akan kekal di sini tanpa perlu lari ke mana-mana biarpun Rusia menyasarkan saya.

“Saya adalah sasaran nombor satu, manakala keluarga saya sasaran nombor dua dan apa pun berlaku, kami tetap bersama rakyat.

“Rusia mahu menghancurkan saya kerana ingin melumpuhkan Ukraine dan saya tegaskan sekali lagi, perkara itu tidak akan berlaku,” tegasnya.

Terdahulu, beliau menzahirkan rasa sedih dan kecewa apabila mendakwa negara ini dibiarkan keseorangan menentang kemaraan Rusia selepas Kremlin melancarkan serangan besar-besaran yang sehingga ini meragut lebih 130 nyawa tentera Ukraine.

Washington dan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dilaporkan sudah mengerahkan bantuan ketenteraan untuk membantu Ukraine namun tiada arahan untuk menggerakkan tentera mereka kerana bimbang akan mencetuskan konflik yang lebih besar di Eropah.

Zelensky memaklumkan, sekurang-kurangnya 137 tentera Ukraine termasuk penduduk awam maut dalam serangan yang berlaku sejak awal pagi Khamis, selain lebih 300 cedera.

Pemimpin Ukraine itu turut menasihatkan penduduk di kawasan bandar supaya berhati-hati dan mematuhi arahan tentera bagi mengelak hal yang tidak diingini berlaku.

Hal ini kerana, Zelensky mendakwa ‘sejumlah kumpulan sabotaj Rusia’ sudah pun memasuki Kyiv untuk mencetuskan huru-hara dan ketakutan kepada penduduk.

Setakat ini, Rusia masih meneruskan kemaraan di Ukraine dengan menyasarkan beberapa kawasan dan dilaporkan sudah menguasai tapak loji nuklear Chernobyl.

Sementara itu, tentera Ukraine menggantung operasi semua pelabuhan komersialnya selepas diserang Rusia, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya gangguan bekalan termasuk dari pengeksport bijirin dan bijian minyak.

Pelabuhan utama Ukraine dalam mengeksport bijirin termasuk Chornomorsk, Mikolayiv, Odessa, Kherson dan Yuzhny.

Ukraine adalah pengeksport utama jagung, kebanyakannya untuk pasaran China dan Kesatuan Eropah (EU), malah sering bersaing dengan Russia untuk membekalkan gandum kepada pembeli utama seperti Mesir dan Turki.  – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya