MOSCOW: Jawatan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai Presiden Kehormat Persatuan Judo Antarabangsa (IJF) digantung buat sementara waktu berikutan krisis yang berlaku di Ukraine.
Perkara itu dimaklumkan oleh persatuan tersebut menerusi satu kenyataan.
“Susulan peperangan yang berlaku di Ukraine, IJF membuat keputusan untuk menggantung jawatan presiden kehormat dan duta IJF yang disandang Putin,” jelas kenyataan itu.
Pemimpin Rusia berusia 69 tahun itu merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam sukan pertahankan diri tersebut.
Beliau sebelum ini pernah menghasilkan buku berjudul ‘Judo: History, Theory, Practice’.