Eropah tekan China untuk 'pujuk' Rusia - Utusan Malaysia

Eropah tekan China untuk ‘pujuk’ Rusia

BERLIN: Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock menekankan ‘tanggungjawab khas’ China berhubung situasi yang berlaku di Ukraine ketika ini.

Hal ini kerana, China dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Rusia dan negara itu boleh ‘memujuk’ Moscow supaya menghentikan semua tindakan yang memberi kesan besar terhadap pelbagai pihak.

Kelmarin, China mengambil pendekatan berkecuali dalam resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung serangan Rusia di Ukraine.

Langkah itu dilihat sebagai ‘kemenangan’ oleh Barat yang cuba mengasingkan Rusia daripada jangkauan antarabangsa.

Menteri Luar China, Wang Yi menjelaskan negaranya menyokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Kesatuan Eropah dan usaha Rusia menyambung semula rundingan diplomatik dengan Ukraine.

“China tidak menyokong pendekatan mengenakan sekatan untuk menyelesaikan masalah.

“Kami percaya UNSC sepatuytnya menyumbang jalan penyelesaian politik kepada krisis yang berlaku ketika ini, berbanding mencetuskan konfrontasi baharu,” katanya. – REUTERS

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN