Empat maut banjir di Haiti - Utusan Malaysia

Empat maut banjir di Haiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE: Empat orang terkorban dan seorang lagi masih hilang dalam kejadian banjir akibat hujan lebat di Haiti.

Cuaca buruk menjejaskan sekurang-kurangnya 20 daerah di seluruh Haiti sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Malah, kejadian banjir menjejaskan 2,500 rumah yang mana tiga daripadanya musnah sepenuhnya.

Tiga kes kematian dan seorang mangsa hilang dilaporkan berlaku di barat laut negara Caribbean.

Menurut pegawai pertahanan awam, mangsa keempat terkorban di timur laut.

Sekurang-kurangnya 20 majlis perbandaran di negara itu terjejas akibat cuaca buruk berkenaan.

Bandar Cap-Haitien dilaporkan terjejas teruk dengan beberapa kawasan kejiranan dilanda banjir. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN