Duit yuran pengajian anak berjumlah RM22,186 hangus dijilat api - Utusan Malaysia

Duit yuran pengajian anak berjumlah RM22,186 hangus dijilat api

API marak terlalu cepat sehingga menyebabkan Hamka tidak sempat menyelamatkan duit simpanan untuk membayar yuran pengajian anaknya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALOPO: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah keadaan yang menimpa seorang penduduk di sini apabila rumahnya hangus dijilat api dan lebih malang, wang simpanan untuk membiayai pengajian anaknya turut terbakar.

Kebakaran tersebut berlaku di Palopo di Sulawesi Selatan semalam kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan dan Hamka tidak sempat menyelamatkan banyak barang kerana api terlalu marak.

Katanya, wang tunai berjumlah 76 juta rupiah (RM22,186) yang disimpan dalam rumah turut hangus.

“Anak saya meraung melihat duit itu hangus dan saya cuba tenangkan dia dengan beritahu semuanya berlaku bersebab dan kami reda dengan kejadian ini.

“Duit itu disimpan bagi membiayai yuran pengajian anak saya yang kini masuk semester dua dalam jurusan doktor pegigian di sebuah universiti di Makassar,” katanya.

Bapa berusia 48 tahun itu memberitahu, dia mulanya merancang untuk pergi ke Makassar untuk menyimpan duit berkenaan di dalam bank.

Namun, dia menangguhkan hasratnya memandangkan hari cuti dan akhirnya kebakaran berlaku.

“Api marak terlalu pantas dan saya mengutamakan keselamatan anak-anak tanpa memikirkan barangan yang perlu dibawa keluar.

“Kebakaran berlaku di rumah sebelah sebelum api menyambar rumah saya,” ujarnya.

Sementara itu, jabatan bomba masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya