Budak lima tahun dirogol, diseksa sampai mati oleh bapa kandung - Utusan Malaysia

Budak lima tahun dirogol, diseksa sampai mati oleh bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALUKU: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun bukan sahaja menjadi mangsa rogol bapa kandung sendiri, bahkan turut diseksa sehingga disahkan meninggal dunia.

Lapor Kompas.com, mangsa dibawa ke Hospital Namrole oleh bapanya dan menjalani rawatan sejak 18 Januari lalu, selepas mendapati keadaan kanak-kanak itu semakin lemah.

Ketua Perhubungan Awam Polis Maluku, Muhammad Roem Ohoirat berkata, hasil keputusan ujian perubatan mendapati rongga mulut mangsa dipenuhi kulat bakteria dan terdapat luka koyakan di bahagian kemaluan mangsa.

Jelasnya, hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa didapati kurang nutrisi dan menghidapi anemia.

Difahamkan, mangsa menjalani rawatan perubatan selama 10 hari di hospital tersebut dengan keadaan fizikal yang semakin lemah.

“Selepas mendapat maklumat, pihak polis terus memberkas dan membawa suspek ke Balai Polis Namrole bagi soal siasat.

“Namun, suspek berjaya melarikan diri dari balai polis tersebut pada waktu malam,” katanya.

Menurut Muhammad Roem, pihaknya masih berusaha memburu suspek yang melakukan kekerasan seksual terhadap anak kandung sendiri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.