Australia teruskan misi pencarian MH370

Australia teruskan misi pencarian MH370

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Walaupun misteri kehilangan pesawat MH370 belum terungkai sehingga sekarang, namun usaha menjejakinya masih berterusan sehingga ke hari ini. 

Buktinya, seorang penyiasat keselamatan penerbangan udara Australia memperbaharui usaha mencari pesawat Malaysia Airlines itu selepas jurutera aeroangkasa Britain mengeluarkan laporan yang mendakwa berjaya menunjukkan lokasi sebenar pesawat. 

Serpihan pesawat tersebut belum pernah ditemukan walaupun usaha pencarian di peringkat antarabangsa mencecah kos AS$200 juta (RM800 juta) selama lebih empat tahun dengan meliputi 12 hektar.  

Pencarian pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang masih kekal misteri sehingga hari ini. 

Bagaimanapun, teknologi baharu yang diterajui oleh jurutera aeroangkasa terkemuka, Richard Godfrey akhirnya dapat menyelesaikan misteri penerbangan terbesar dunia itu. 

Beliau yakin MH370 terhempas di lautan kira-kira 1,933 kilometer dari barat Perth dan berada pada kedalaman 4,000 meter bawa air.

Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Angus Mitchell berharap ‘misteri kehilangan terbesar’ itu dapat dirungkaikan. 

“Kami menyemak semua data lama dan mencari sebarang maklumat yang mungkin terlepas. 

“Oleh kerana laporan meletakkan lokasi pesawat di kawasan yang telah dicari, kami mengambil semakan data dan melakukan penelitian bersama Geosains Australia,” jelasnya. 

Godfrey mendakwa teknologi radio yang digariskan dalam laporan itu, Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) boleh digunakan untuk mengesan dan menjejak pesawat dengan tepat. 

Menurut Mitchell, penyelidikan terperinci Godfrey boleh dipercayai dengan matlamat utama menyediakan maklumat sebenar bagi keluarga mangsa pesawat MH370. 

Sebelum ini, teori popular daripada wartawan penerbangan yang disegani, Christine Negroni mendedahkan kemungkinan sistem kabin pesawat yang dinyahmampat, menyedut semua oksigen ketika Kapten Zaharie Ahmad Shah berada di dalam bilik air, dan juruterbang Fariq Abdul Hamid mengambil alih penerbangan.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN