AS tidak berhasrat hantar tentera ke Ukraine - Utusan Malaysia

AS tidak berhasrat hantar tentera ke Ukraine

JOE BIDEN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak berhasrat untuk menghantar tentera negara ini berperang di Ukraine.

Menurut jurucakap White House, Jen Psaki menegaskan, keputusan itu tidak akan berubah.

Katanya, Washington akan bertindak balas dengan mengenakan sekatan ekonomi yang ketat susulan peperangan yang berlaku.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku perang nuklear selepas Presiden Vladimir Putin memberi amaran mereka yang menyokong Ukraine bakal menerima ‘akibat’, Psaki menjelaskan, AS tidak risau dengan perkara itu.

Sebaliknya, beliau menyatakan tiada sebarang peningkatan ancaman setakat ini.

Beliau memaklumkan, AS bersedia memberi peruntukan bantuan kemanusiaan yang lebih besar kepada Ukraine.

“Dari segi bantuan kemanusiaan, kami sudah menyalurkan bantuan terbesar berjumlah AS$52 juta (RM218 juta) kepada Ukraine pada tahun lalu.

“Sejak beberapa minggu lepas, AS juga menyediakan pembiayaan tambahan dan bekalan kepada organisasi kemanusiaan negara itu,” kata Psaki.

Dalam pada itu, AS turut mengecam laporan mengenai petugas kemudahan penyimpanan sisa nuklear Chernobyl yang dijadikan tebusan oleh tentera Rusia dan menggesa supaya mereka dibebaskan segera.

Terdahulu, penasihat presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak berkata Kyiv telah hilang kawalan ke atas Chenobyl selepas pertempuran sengit dengan tentera Rusia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya