AS bimbang Korea Utara mungkin teruskan ujian senjata nuklear, ICBM - Utusan Malaysia

AS bimbang Korea Utara mungkin teruskan ujian senjata nuklear, ICBM

KOREA Utara melancarkan peluru berpandu balistik yang disifatkan sebagai pelancaran terbesar sejak 2017. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Belum pun reda ketegangan Ukraine-Rusia, Amerika Syarikat (AS) bertambah runsing berikutan pelancaran peluru berpandu ketujuh dilakukan oleh Korea Utara, bulan lalu.

Seorang pegawai kanan AS mengaku Washington bimbang dengan peningkatan pelancaran peluru berpandu kerana mampu menjadi pelopor untuk meneruskan semula ujian senjata nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Justeru, pegawai AS itu menggesa Pyongyang menyertai rundingan langsung tanpa sebarang prasyarat.

“Sudah tentu kami berasa bimbang. Isu ini bukan sahaja melibatkan pelancaran dilakukan kelmarin.

“Hakikatnya, ia berlaku selepas beberapa ujian yang agak ketara dilancarkan bulan lalu.

“Kami tidak mahu melihat lagi pelancaran selanjutnya. Oleh itu, Korea Utara didesak berhenti daripada melakukan demikian,” katanya dalam satu taklimat media.

Pegawai kanan AS itu diminta mengulas sama ada Washington bimbang dengan tindakan Pyongyang yang mungkin meneruskan semula ICBM dan ujian senjata nuklear.

Kelmarin, Korea Utara membedil peluru berpandu balistik jarak sederhana, yang disifatkan sebagai pelancaran terbesar sejak 2017.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, ujian peluru berpandu dilancarkan oleh Pyongyang baru-baru ini, mengingatkan kepada insiden ketegangan yang memuncak pada 2017.

Katanya, ketika itu, Korea Utara melakukan pelbagai ujian nuklear dan melancarkan peluru berpandu yang paling berkuasa.

Sementara itu, pegawai AS menyifatkan pelancaran peluru berpandu terbaharu Korea Utara adalah sebahagian keadaan ‘yang semakin tidak stabil’.

Katanya, ia juga melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.