Akibat dengar cakap Barat, Ukraine 'terima padah'

Akibat dengar cakap Barat, Ukraine ‘terima padah’

KEADAAN sebuah bangunan kediaman yang musnah di Koshytsa di Kyiv, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berang dengan tindakan bacul negara Barat apabila membiarkan negara ini ‘bersendirian’ berdepan dengan tentera Rusia

Sejak Rusia melancarkan serangan ke atas Ukraine Khamis lalu, Zelensky memberi amaran ibu negara Kyiv akan ditawan tentera Moscow selewat-lewatnya hujung minggu ini. 

Beliau membuat ucapan menerusi video yang disiarkan di seluruh negara selepas waktu tengah malam dengan menzahirkan kesedihan terhadap 137 ‘wira’ yang gugur semasa hari pertama pertempuran. 

“Rusia bunuh rakyat negara ini dan menyebabkan bandar yang aman bertukar menjadi sasaran tentera sekelip mata. 

“Ini sangat menyakitkan dan kami sama sekali tidak akan memaafkan mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Pemimpin itu juga mempersoalkan di mana jaminan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk melindungi Ukraine dalam menghadapi tentangan Rusia.

“Kami dibiarkan keseorangan dalam berjuang mempertahankan tanah air. Siapa yang bersedia untuk membantu kami mempertahankan Ukraine? Saya tidak nampak sesiapa pun. 

“Siapa yang ingin memberikan Ukraine jaminan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)? Semua pihak ketakutan,” katanya.

Zelensky berkata, pihak musuh sudah memasuki Kyiv dan menggesa penduduk berjaga-jaga dan mematuhi perintah berkurung kerana menyedari dirinya adalah ‘sasaran utama’. 

Jelasnya, tentera Rusia sudah hampir menawan Ukraine sepenuhnya selepas menguasai loji janakuasa nuklear Chernobyl yang strategik dan merampasnya dalam tempoh 96 jam, sekali gus mencetuskan kebimbangan kebocoran radiasi yang boleh menyebabkan Eropah lumpuh. 

Zelensky turut menandatangani dekri mengenai pergerakan penduduk dalam tempoh 90 hari, namun, golongan lelaki berumur 18 hingga 60 tahun dilarang meninggalkan negara itu. 

 

KYIV BAKAL DITAWAN

Pegawai Keselamatan AS pula menzahirkan kebimbangan ibu negara Ukraine akan dipenuhi tentera Rusia minggu ini, susulan negara itu diserang dari pelbagai penjuru. 

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, Presiden Rusia, Vladimir Putin merancang untuk mengepung tentera Ukraine di Kyiv dan memaksa mereka menyerah kalah atau tewas dalam pertempuran. 

Katanya, pentadbiran Ukraine akan jatuh dalam masa seminggu. 

Seorang bekas pegawai perisikan kanan AS memberitahu Newsweek, selepas serangan udara dan artileri tamat serta perang darat benar-benar bermula, Kyiv akan jatuh dalam beberapa hari sahaja. 

“Tentera Ukraine mungkin tidak akan dapat bertahan lama,” ujarnya. 

Sumber terdekat Kerajaan Ukraine berkata, mereka bersetuju Kyiv akan dikepung dalam tempoh 96 jam, namun masih percaya kerajaan akan kekal kuat dan tidak runtuh. 

 

LOJI NUKLEAR JADI TARUHAN 

Rakaman video mendedahkan kereta kebal Rusia dan kenderaan berperisai berada di hadapan rektor yang musnah, denganj arak 96 kilometer dari Kyiv. 

Seorang pegawai tentera berkata, tembakan yang dilepaskan tentera Rusia mengenai repositori sisa radioaktif dan berkemungkinan berlaku peningkatan tahap sinaran gelombang itu. 

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mengikuti situasi di Ukraine dengan melahirkan ‘kebimbangan serius’ serta merayu sekatan maksimum bagi mengelakkan sebarang tindakan yang membahayakan kemudahan nuklear Ukraine. 

Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podolydak berkata, adalah mustahil untuk mengatakan loji kuasa nuklear Chernobyl selamat selepas serangan Rusia yang sangat tidak masuk akal. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya