13 terbunuh serangan pengebom bunuh diri di tengah Somalia

13 terbunuh serangan pengebom bunuh diri di tengah Somalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam insiden letupan pengebom bunuh diri di tengah Somalia.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan bahan letupan di sebuah restoran yang penuh dengan orang ramai termasuk pegawai dan ahli politik.

Lapor Al Jazeera, jurucakap polis, Dini Roble Ahmed berkata, kebanyakan mangsa yang terkorban merupakan orang awam dan 20 lagi cedera dalam kejadian di pekan Beledweyne.

Katanya, letupan itu menyebabkan `kerosakan besar’ pada restoran yang sesak dengan orang ramai.

Menurut beberapa saksi, letupan besar itu memusnahkan kawasan lapang restoran Hassan Dhiff yang mana orang ramai menikmati makanan tengahari di premis terletak di bawah pokok.

“Saya melihat mayat bertaburan di kawasan itu dan tidak dapat memberikan jumlah mangsa cedera yang dikejarkan ke hospital.

“Beberapa mangsa dikatakan sedang menunggu makanan dipesan di luar restoran,” kata penduduk dikenali sebagai Mahad Osman.

Polis dan pegawai kerajaan mengesahkan kejadian letupan itu namun tidak menyatakan jumlah sebenar mangsa terkorban.

Serangan itu berlaku walaupun kawalan keselamatan diperketatkan di Beledweyne pada malam pengundian pilihan raya kawasan Parlimen itu di utara Mogadishu.

Sementara itu, pegawai polis Mohamud Hassan berkata, dua timbalan pesuruhjaya daerah antara mangsa terkorban.

Berdasarkan laporan daripada perisikan SITE, kumpulan Al-Shabab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Dilaporkan, kumpulan Al-Shabab melancarkan dua serangan dalam tempoh dua minggu lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.