WHO: Guna dos penggalak berulang bukan strategi berkesan cegah Omicron - Utusan Malaysia

WHO: Guna dos penggalak berulang bukan strategi berkesan cegah Omicron

PETUGAS kesihatan memberikan suntikan vaksin dos penggalak ketiga susulan lonjakan penularan Omicron.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Sekumpulan Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pengulangan dos penggalak vaksin Covid-19 bukan strategi yang berkesan mencegah varian baharu.

Menurut kumpulan pakar itu, pemberian suntikan baharu vaksin Covid-19 sedia ada ketika virus baharu muncul, bukan cara terbaik melawan wabak tersebut.

Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin Covid-19 (TAG-Co-VAC) menjelaskan strategi vaksinasi berdasarkan dos penggalak berulang bagi komposisi vaksin asal tidak bersesuaian dan berhasil.

Kumpulan itu menjelaskan terdapat keperluan untuk mengemas kini vaksin sedia ada untuk menyasarkan varian Covid-19 yang muncul seperti Omicron yang merebak pantas dan dikesan di 149 negara.

Kumpulan itu juga menggesa pembangunan suntikan baharu yang bukan sahaja melindungi orang yang dijangkiti Covid-19 daripada sakit tenat, tetapi juga mencegah daripada dijangkiti virus itu daripada peringkat awal.

“Pengeluar vaksin perlu berusaha mencipta suntikan yang menimbulkan tindak balas imun yang kuat dan tahan lama bagi mengurangkan keperluan untuk dos penggalak berturut-turut,” katanya.

Menurut WHO, terdapat 331 calon vaksin yang sedang dibangunkan di seluruh dunia.

Sehingga vaksin baharu dibangunkan, kumpulan itu menjelaskan ‘komposisi vaksin Covid-19 semasa perlu dikemas kini’.

WHO sudah memberikan kelulusan kepada lapan versi vaksin berbeza.

TAG-Co-VAC menegaskan vaksin tersebut menyediakan tahap perlindungan yang tinggi terhadap penyakit berbahaya dan kematian disebabkan oleh pelbagai varian virus.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya