Tentera CSTO akan berundur dari Kazakhstan - Utusan Malaysia

Tentera CSTO akan berundur dari Kazakhstan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUR-SULTAN: Presiden Kazakhstan, Kassym Jomart Tokayev hari ini memaklumkan kontinjen tentera yang diketuai Rusia akan mula meninggalkan negara ini dalam tempoh dua hari dan memberi jaminan pengunduran itu tidak mengambil masa lebih 10 hari.

“Misi utama pasukan tentera Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) yang dianggota lima negara iaitu Rusia, Belarus, Armenia, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan sudah diselesaikan sepenuhnya.

“Dalam masa dua hari, pasukan tentera pengaman itu akan mula meninggalkan Kazakhstan dan prosesnya tidak mengambil masa lebih 10 hari,” katanya dalam sidang video.

Kazakhstan berdepan ketegangan berhubung kenaikan harga bahan api yang diumumkan, menyaksikan puluhan ribu penduduk mengadakan siri bantahan sehingga bertukar kepada rusuhan ganas.

Tunjuk perasaan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 164 orang terkorban termasuk anggota keselamatan dan kumpulan bersenjata, selain lebih 8,000 ditahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya