fbpx

20 Mei 2022, 3:07 am

  TERKINI

Taliban bertemu dengan pegawai barat di Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Rombongan anggota Taliban dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pegawai negara barat di Norway, hari ini.

Ia merupakan rundingan pertama di Eropah sejak kumpulan Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan.

Lapor BBC, rundingan yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari, akan merangkumi isu hak asasi manusia dan krisis kemanusiaan berlaku di negara itu.

Wakil khas dari Amerika Syarikat (AS), Jerman, United Kingdom (UK), Perancis, Itali dan Kesatuan Eropah (EU) dijangka hadir.

Beberapa protes berlaku di Eropah dengan pengkritik mendakwa Taliban tidak sepatutnya diberi jemputan untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Semalam, wakil Taliban bertemu dengan aktivis hak asasi manusia namun butiran perbincangan itu belum didedahkan lagi.

Perbincangan antara Taliban dan pegawai negara barat yang bermula hari ini dikatakan merupakan yang paling penting.

Dalam pertemuan itu, kumpulan Taliban dijangka akan meminta akses kepada wang bernilai berbilion dolar yang dibekukan di bank AS.

Pegawai negara barat pula dijangka menekankan isu kepentingan kerajaan Taliban yang lebih inklusif dan hak asasi manusia. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI