Sulawesi Utara dilanda gempa bumi - Utusan Malaysia

Sulawesi Utara dilanda gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik melaporkan gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter di wilayah Sulawesi Utara di tengah Indonesia, hari ini.

Gegaran berlaku pada pukul 9.26 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 39 kilometer tenggara bandar Melonguane di daerah Taulud pada kedalaman 12 kilometer di bawah dasar laut.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan ancaman tsunami.

Sulawesi Utara terletak di hujung Pulau Sulawesi dan ibu kotanya terletak di Manado.

Kedudukan wilayah itu juga tidak jauh dengan wilayah selatan Filipina, Davao di Mindanao yang turut dilanda gempa bumi pagi tadi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya