Sidang media varian Deltacron diadakan minggu ini - Utusan Malaysia

Sidang media varian Deltacron diadakan minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYPRUS: Dunia dikejutkan lagi dengan penemuan strain Covid-19 baharu di Cyprus, yang dipercayai merupakan gabungan dari varian Delta dan Omicron.

Pakar Sains Biologi di Universiti Cyprus, Prof. Leondios Kostrikis berkata, penemuan baharu itu dinamakan sebagai Deltacron disebabkan pengenalpastian ciri-ciri genetik seperti Omicron dalam genom Delta. 

Jelasnya, pemerhatian dilakukan terhadap 25 pesakit dan analisis statistik menunjukkan kekerapan relatif jangkitan gabungan adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19, berbanding pesakit yang tidak dirawat di hospital. 

Katanya, sebanyak 25 kes Deltacron sudah dihantar ke GISAID yang merupakan pangkalan data antarabangsa yang menjejaki perubahan dalam virus.  

“Kita akan lihat pada masa hadapan jika strain ini lebih patologi atau lebih menular dan sekiranya dapat mengatasi Delta dan Omicron,” katanya dalam wawancara Sigma TV, Jumaat lalu.  

Kostrikis yang juga merupakan Ketua Makmal Bioteknologi dan Molekular Virologi di universiti itu berpandangan penemuan varian baharu tersebut berupaya menggantikan varian Omicron yang merebak dengan pantas. 

Menurut laporan Cypriot media, daripada 25 kes dilaporkan di negara itu, 11 daripadanya merupakan pesakit di hospital dan 14 orang awam. 

Difahamkan, sidang akhbar bagi memperincikan penemuan varian lebih lanjut akan diadakan minggu ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya