Serpihan kapal angkasa Rusia akan musnahkan satelit China, minggu ini - Utusan Malaysia

Serpihan kapal angkasa Rusia akan musnahkan satelit China, minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mendakwa serpihan angkasa lepas daripada ujian peluru berpandu anti-satelit Rusia dalam jarak 14.5 meter akan memusnahkan satelit sains Tsinghua China, minggu ini.

Lapor Daily Mail, Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) berkata, data penjejakan mendapati insiden berlaku 18 Januari lalu, pada pukul 2.49 waktu tempatan melibatkan serpihan dikenali dengan 49863.

Jelas CNSA, kedua-dua objek melepasi satu sama lain pada kelajuan relatif lebih daripada 18,829 kilometer sejam.

Serpihan dari satelit 1408 milik Rusia seberat 2,000 kilogram dihapuskan negara itu semasa ujian peluru berpandu anti-satelit, November lalu.

Menurut pakar, serpihan angkasa lepas dari pelanggaran di Lautan Atlantik akan menyebabkan malapetaka kapal angkasa selama bertahun-tahun.

Negara-negara pelayaran angkasa kini perlu terlibat dalam tindakan serius untuk membersihkan orbit bumi daripada ‘sampah angkasa’ bagi mengelakkan pelanggaran.

Tsinghua adalah muatan penyelidikan yang dibina oleh Universiti China, dilancarkan ke orbit sejak Ogos 2020 di atas roket Long March 2D.

Pakar Serpihan Angkasa yang juga Timbalan Pengarah Pusat Pemantauan dan Aplikasi Serpihan Angkasa CNSA memberitahu Global Times, pelanggaran sebenar berkemungkinan berlaku masa hadapan.

Pihak kerajaan dan syarikat swasta mengesan serpihan angkasa menggunakan radar berasaskan bumi yang boleh membantu pengendali satelit dan agensi kerajaan mengelakkan pelanggaran.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya