Salt Bae mahu tukar kerjaya jadi ahli tinju - Utusan Malaysia

Salt Bae mahu tukar kerjaya jadi ahli tinju

SALT BAE dan Rashed Belhasa (kanan). - INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chef selebriti, Salt Bae, menyatakan hasratnya untuk bertukar kerjaya, iaitu menjadi ahli tinju.

Lapor Daily Star, perkara itu diumumkan selepas Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce Erzurum berjaya menempa nama dalam perniagaan restoran stik daging miliknya, Nusr-Et serta mempunyai 41.5 juta pengikut dalam Instagram.  

Hasrat itu diutarakan kepada Youtuber, Rashed Belhasa yang merupakan remaja terkaya di Dubai. 

Rashed akan bertarung dengan legenda tinju, Floyd Mayweather dalam pertarungan di helipad Hotel Burj Al-Arab Jumeirah. 

Pemuda berusia 20 tahun itu berkongsikan video mengenai perbualan itu dengan Salt Bae ketika makan di restoran milik chef selebriti tersebut di Dubai. 

Ketika menikmati hidangan di restoran itu, Salt Bae menyatakan hasrat mahu menceburi sukan tinju kerana mahu menguji kemampuan ‘tangannya’ dalam sukan tersebut .  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya