Ribuan penganut Hindu serbu Sungai Ganges tanpa hirau kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Ribuan penganut Hindu serbu Sungai Ganges tanpa hirau kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUCKNOW: Walaupun kadar jangkitan Covid-19 masih tinggi di India, namun, sebanyak 10,000 penganut Hindu diketuai oleh ketua biara sanggup berendam di dalam Sungai Ganges di utara India, hari ini.

Lapor AP, ritual itu dipercayai dapat membersihkan dosa serta membebaskan mereka daripada kitaran kematian dan kelahiran semula.

Acara serupa pernah dilakukan semasa perayaan Hindu tahun lalu, di pekan Haridwar di Himalaya, yang berjiran dengan Uttarakhand menyebabkan varian Delta menular pantas sekali gus menjadikan India antara negara paling teruk terjejas di dunia.

Pakar epidemiologi menyifatkan festival tersebut sebagai ‘super spreader’.

Penularan Covid-19 akibat varian Omicron dilaporkan semakin meningkat di seluruh India.

Negara itu merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 melebihi 264,000 kes hari ini.

Bagaimanapun, bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital masih rendah.

Berjuta-juta penganut Hindu dijangka menghadiri festival itu selama 47 hari akan datang.

Kebanyakan mereka sanggup tinggal dan bertapa di tebing Sungai Ganges selama sebulan.

Amalan itu dipercayai melindungi mereka daripada sebarang bahaya dan dijamin keselamatan dalam hidup.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.