Remaja 15 tahun tikam bapa dengan pisau dipenjara lima tahun - Utusan Malaysia

Remaja 15 tahun tikam bapa dengan pisau dipenjara lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang remaja berusia 15 tahun yang menikam bapanya degan pisau pemotong buah pada Disember 2020, dihukum penjara lima tahun selepas mengaku bersalah.

Lapor CNA, berdasarkan Akta Kanak-Kanak, remaja tersebut dan ahli keluarganya tidak boleh didedahkan nama mereka.

Mahkamah dimaklumkan remja itu disahkan menghidap gangguan spektrum autisme sejak zaman kanak-kanak dan mendaftar di sekolah berkeperluan khas semasa darjah satu.

Pada 2018, dia didiagnosis mengalami gangguan permainan internet selepas dirujuk ke Perkhidmatan Pengurusan Ketagihan Kebangsaan di Institut Kesihatan Mental atas kebimbangan tentang jumlah masa yang dihabiskan bermain permainan komputer.

Remaja itu difahamkan mempunyai hubungan mesra dengan abang dan ibunya, tetapi mempunyai ‘hubungan yang dingin’ dengan bapanya kerana dikatakan ‘sangat mengawal’ dirinya.

Bapa remaja itu kerap ‘memantau anaknya secara dekat’ sehinggga menyebabkan dia tidak dapat bermain permainan komputer dan telefon bimbit.

Antaranya termasuk membuat kerja-kerja mencuci pakaian, kerja rumah dan tugasan sekolah.

Sekiranya remaja itu enggan mengikut arahan bapanya, dia akan dipukul dan disumpah seranah.

Remaja itu menikam bapanya pada pukul 10.10 pagi, dua tahun lalu, selepas bapanya tidak membenarkan dia bermain permainan komputer selama sebulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.