Rawatan rambut gugur jadi modal kempen calon Presiden Korea Selatan - Utusan Malaysia

Rawatan rambut gugur jadi modal kempen calon Presiden Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Calon Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung meraih populariti sekelip mata apabila mencadangkan supaya rawatan rambut gugur dimasukkan dalam perlindungan insurans kesihatan umum.

LEE JAE-MYUNG

Portal Inquirer melaporkan, usul itu mencetuskan perdebatan daripada pelbagai pihak dengan sebahagian masyarakat bersetuju dengan cadangan tersebut.

Calon presiden dari Parti Demokrat itu mendakwa hampir 10 juta orang mengalami masalah rambut gugur dan sering membeli ubatan dari luar negara atau menggunakan ubat merawat penyakit prostat sebagai alternatif kerana kos rawatan yang mahal.

Usul itu turut menjadi ‘bahan ejekan’ beberapa pihak sehingga tular satu video parodi menunjukkan Jae-myung adalah calon terbaik untuk ‘rambut anda’.

Parti pembangkang pula berpandangan usul yangg dikemukakan Jae-myung sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan negara.

Selain itu, pembangkang berjanji untuk menurunkan kos rawatan rambut gugur sekiranya dipilih mentadbir kerajaan akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya