Protes antikerajaan Cuba: 57 penunjuk perasaan dibicara minggu ini - Utusan Malaysia

Protes antikerajaan Cuba: 57 penunjuk perasaan dibicara minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Sekurang-kurangnya 57 penunjuk perasaan yang ditahan di Cuba selepas menyertai protes anti-kerajaan negara itu pada tahun lalu, akan menjalani perbicaraan pada minggu ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga kumpulan penunjuk perasaan tersebut.

Lapor Al Jazeera, ahli keluarga mendakwa beberapa penunjuk perasaan yang ditahan turut berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Menurut Roxana Garcia, dia dimaklumkan sesi perbicaraan itu dijangka berlangsung tiga hingga empat hari.

Roxana yang merupakan adik kepada defenden, Andy Dunier Garcia berkata, abangnya didakwa di Santa Clara atas pertuduhan kekacauan awam serta menyerang dan menghina pihak berkuasa.

Seorang lagi ahli keluarga, Yaquelin Cruz berkata, anak lelakinya, Dariel Cruz menghadapi pendakwaan yang membawa hukuman penjara selama 15 tahun kerana menghasut bagi tujuan menggulingkan kerajaan sah.

Dakwa Yaquelin, anaknya baru-baru ini ditikam di penjara.

Sementara itu, beberapa ahli keluarga lain berkata, seramai 21 orang akan didakwa di bandar timur Holguin, 20 lagi di Havana dan 16 di Santa Clara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN