Polis jumpa dua ketua kumpulan susulan pertempuran di Papua - Utusan Malaysia

Polis jumpa dua ketua kumpulan susulan pertempuran di Papua

SEBUAH kereta rentung terbakar di depan Kelab Double O di Sorong, Papua Barat. -TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SORONG: Pihak polis mengambil pendekatan bertemu dengan dua ketua kumpulan bagi mengelakkan kejadian jenayah sama berulang di wilayah Papua Barat.

Ketua Polis Sorong, Ary Nyoto Setiawan berkata, pihaknya juga mengerahkan anggota keselamatan bagi mengawal keadaan di Kelab Double O di pekan Sorong.

“Kita sudah kumpulkan dua ketua kumpulan untuk menyelesaikan masalah ini supaya tiada insiden susulan yang akan tercetus nanti,” katanya.

Isnin lalu, seramai 18 orang terbunuh dalam satu pertempuran melibatkan dua kumpulan di kawasan itu dengan kebanyakannya rentung akibat terbakar.

Menurut Ary, tokoh agama dan masyarakat turut dipanggil bagi mencegah terjadinya insiden susulan.

Sementara itu, semua mangsa yang maut dalam pertempuran itu dibawa ke Hospital Sele Besolu dan proses pengecaman jenazah masih dilakukan.

Ketua Operasi Polis Sorong, Edward Panjaitan berkata, proses pengecaman menjadi sukar kerana keadaan mayat mangsa yang terbakar sudah rentung teruk.

“Kita masih menunggu proses pengecaman mangsa selesai termasuk mengenal pasti ahli keluarga mangsa tersebut,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN