Polis Itali bantah diberi pelitup muka berwarna merah jambu - Utusan Malaysia

Polis Itali bantah diberi pelitup muka berwarna merah jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Kesatuan anggota polis Itali mengecam pemberian pelitup muka berwarna merah jambu kepada para anggota yang bertugas.

Pelitup muka merah jambu diedarkan kepada anggota polis di beberapa wilayah di negara ini ketika kes jangkitan Covid-19 melonjak sejak beberapa minggu lalu.

Kesatuan tersebut menegaskan, warna pelitup muka itu boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan.

Menerusi surat kepada Ketua Polis Negara Italu, Setiausaha Agung Kesatuan Polis Autonomi (SAP), Stefano Paoloni membantah pemberian pelitup muka berwarna merah jambu.

Katanya, warna pelitup muka itu tidak sesuai untuk anggota polis dan menyifatkan keputusan itu sebagai ‘mengelirukan’.

“Kami menggesa tindakan segera diambil bagi memastikan anggota polis diberikan pelitup muka berwarna berbeza seperti putih, biru atau hitam.

“Dalam apa keadaan sekali pun, pelitup muka perlu sesuai dengan uniform polis dan perlu mengelakkan sebarang perkara yang dianggap tidak sesuai,” kata Paoloni.

Kesatuan itu juga menegaskan mereka tidak memandag rendah golongan wanita, sebaliknya menjurus kepada etika pemakaian polis yang ketat.

SAP dianggotai kira-kira 20,000 ahli, iaitu 20 peratus anggota polis di seluruh Itali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya