Pfizer mulakan ujian klinikal vaksin bagi membendung Omicron - Utusan Malaysia

Pfizer mulakan ujian klinikal vaksin bagi membendung Omicron

PETUGAS kesihatan menyediakan dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dalam satu kempen vaksinasi di Lima, Peru. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat farmaseutikal, Pfizer dan BioNTech sudah memulakan ujian klinikal bagi menguji keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkan khusus untuk membendung varian Omicron.

Lapor CNN, kajian itu akan menilai vaksin tersebut dari segi keselamatan dan tahap tindak balas imun yang diberikan sebagai suntikan vaksinasi utama dan dos penggalak.

Ujian klinikal itu membabitkan seramai 1,420 individu yang berusia antara 18 hingga 55 tahun.

Peserta diasingkan kepada tiga kumpulan membabitkan individu menerima dua dos vaksin Pfizer sekurang-kurangnya 90 hingga 180 hari sebelum terlibat dalam kajian itu.

Kumpulan peserta ini akan menerima satu atau dua dos vaksin khusus varian Omicron.

Peserta dalam kumpulan kedua pula sudah menerima tiga dos vaksin Pfizer dalam tempoh 90 hingga 180 hari, sebelum kajian itu dan mereka akan diberikan satu dos vaksin semasa atau vaksin khusus varian Omicron.

Kumpulan ketiga membabitkan peserta yang belum menerima sebarang vaksin Covid-19 dan akan diberikan tiga dos vaksin khusus varian Omicron.

Ketua Penyelidikan dan Pembangunan vaksin Pfizer, Kathrin Jansen berkata, sebanyak 30 mikrogram dos vaksin khusus varian Omicron akan diberikan, iaitu pada kadar sama seperti vaksin semasa.

“Penyelidikan dan data terkini menunjukkan dos penggalak mampu memberikan perlindungan tinggi terhadap jangkitan teruk dan kemasukan hospital akibat varian Omicron.

“Namun begitu, kami menyedari keperluan untuk bersedia sekiranya perlindungan semasa berkurangan dari semasa ke semasa dan membantu menangani Omicron dan varian baharu pada masa hadapan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN