fbpx

20 Mei 2022, 1:35 am

  TERKINI

Pakar bedah AS berjaya pindahkan buah pinggang babi ke manusia

PEMBEDAHAN pemindahan buah pinggang babi kepada manusia dikendalikan oleh pakar dari University of Alabama.-UAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALABAMA: Pakar bedah dari University of Alabama di Birmingham (UAB) berjaya memindahkan dua buah pinggang babi kepada seorang pesakit, dua minggu selepas kejayaan pembedahan pertama di dunia melibatkan jantung babi di Maryland, Amerika Syarikat.

Lapor Daily Mail, pesakit, Jim Parsons, 57 dari Huntsville, Alabama disahkan meninggal dunia September lalu selepas mengalami kecederaan traumatik kepala selepas menyertai perlumbaan basikal.

Selepas mendapat kebenaran ahli keluarga, penyelidik dari universiti itu melakukan pembedahan pemindahan ke atas Parsons empat hari kemudian.

Pakar bedah membuang buah pinggang pesakit itu, sementara darahnya masih mengalir sebelum diberikan dua organ babi yang diubah suai genetiknya.

Selepas tiga hari pembedahan dijalankan, buah pinggang babi tersebut berjaya menapis darah, mengeluarkan air kencing dan dilihat serasi dengan badan manusia.

Pengarah Institut Transplantasi Komprehensif di UAB, Prof. Jayme Locke berkata, pembedahan itu menunjukkan bagaimana proses xenotransplantasi iaitu pemindahan sel hidup, tisu atau organ daripada satu spesies ke spesies lain boleh menangani krisis kekurangan organ di seluruh dunia.

Jelasnya, anatomi dan fisiologi jantung babi adalah serupa dengan manusia yang dapat digunakan sebagai model untuk membangunkan rawatan baharu.

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI