Omicron: Indonesia terus hantar jemaah umrah - Utusan Malaysia

Omicron: Indonesia terus hantar jemaah umrah

Kerajaan Indonesia memutuskan untuk terus menghantar jemaah bagi menunaikan umrah di Arab Saudi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Agama Indonesia memaklumkan penghantaran kumpulan jemaah negara ini ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah umrah akan diteruskan.

Keputusan itu dibuat berdasarkan penelitian rapi selepas 87 daripada 414 jemaah umrah yang baru tiba di Indonesia disahkan positif Covid-19 pada 17 Januari lalu.

Perkara itu disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Khas Haji dan Umrah di kementerian tersebut, Nur Arifin kepada Kompas.com.

“Sehingga kini, kerajaan tidak mengehadkan jumlah jemaah yang dibenarkan untuk melakukan umrah kerana jumlah jemaah umrah secara harian hanya melibatkan kira-kira 400 orang.

“Jumlah itu lebih sedikit daripada yang dicadangkan oleh Pasukan Tindakan Covid-19 iaitu 4,000 sehari,” katanya.

Selain itu, Menteri Penyelaras Bidang Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan juga meminta kementerian tersebut dan pihak berkaitan supaya menyediakan kapasiti hotel serta wisma haji yang mencukupi untuk semua jemaah umrah.

Katanya, hal itu penting bagi mengelakkan kesesakan dalam kalangan jemaah, sekali gus meningkatkan risiko penularan.

Beliau memberitahu, urusan penghantaran jemaah umrah juga perlu dilakukan secara teliti dan lancar bagi mengelak sebarang masalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya