Nia Ramadhani fail rayuan hukuman penjara setahun - Utusan Malaysia

Nia Ramadhani fail rayuan hukuman penjara setahun

NIA RAMADHANI dan suami semasa mendengar keputusan hakim di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat, Isnin lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Peguam, Wa Ode Nur Zainab yang mewakili defendan Nia Ramadhani dan suaminya menyifatkan keputusan hakim yang mengenakan hukuman penjara setahun tidak mengikut keputusan penilaian yang betul.

Menurut Wa Ode, anak guamnya akan memfailkan rayuan segera berhubung keputusan tersebut, lapor Tribunnews.

Jelasnya, pemfailan rayuan itu adalah percubaan defendan untuk memperjuangkan haknya.

Walaupun begitu, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie tetap menghormati keputusan hakim.

“Dari segi undang-undang, keputusan satu tahun itu jelas tidak mengikut fakta undang-undang.

“Kami menghormati keputusan hakim, tetapi masih ada hak untuk merayu,” katanya.

Pelakon Indonesia itu dan suaminya dikenakan hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Muhammad Damis dalam perbicaraan yang berlangsung di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat, Isnin lalu.

Tahun lalu, Nia ditahan polis bersama suami dan pemandu di kediamannya selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN