MOSCOW: Lebih 1,000 orang dilaporkan cedera dalam tempoh beberapa hari ketika pergolakan semakin meningkat di Kazakhstan.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Azhar Guiniyat.
“Lebih 1,000 orang cedera berikutan rusuhan di beberapa wilayah di Kazakhstan.
“Daripada jumlah itu, kira-kira 400 orang dikejarkan ke hospital dan 62 orang berada di unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam satu temubual dengan stesen televisyen Khabar-24.
Pergolakan melanda Kazakhstan selepas ribuan rakyat mengadakan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga bahan api di negara itu. – AFP










