JAKARTA: Penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista menjelaskan luka lebam di tangannya bukan disebabkan kekerasan dalam rumah tangga.
Lapor Tribunnews, Inul berkata, luka itu terjadi akibat tertimpa barang yang sedang dipindahkan oleh suaminya, Adam Suseno.
Katanya, kejadian berlaku kerana banyak barang berselerak dalam rumahnya sehingga pasangan suami isteri itu berhasrat mengemas barang tersebut.
“Barang di rumah berselerak kerana banyak sangat tempahan dan rumah jadi bersepah.
“Asalnya hendak kemas sehingga terjadi lebam di tangan,” katanya.
Inul tamil menjelaskan perkara sebenar sambil tersenyum dan meminta pengikutnya dalam Instagram tidak bimbang dengan keadaan dirinya.
Adam pula menjelaskan, tidak mungkin dia melakukan keganasan terhadap isterinya kerana hubungan mereka sangat baik.











