Kuwait jarakkan semula saf solat - Utusan Malaysia

Kuwait jarakkan semula saf solat

JEMAAH masjid menanggalkan pelekat penjarakan fizikal di masjid Kuwait City, 21 Oktober, tahun lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Kuwait melaksanakan semula sekatan Covid-19 di semua masjid dan majlis perkahwinan susulan lonjakan bilangan kes jangkitan dan kemunculan varian Omicron.

Lapor Arab News, pengunjung masjid perlu mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, membawa sejadah serta mengelakkan berlaku kontak rapat.

Pihak masjid juga diarahkan membuka pintu dan tingkap semasa solat dan majlis lain diadakan.

Bermula 9 Januari depan, hanya enam individu dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan di kawasan masjid.

Kerajaan Kuwait juga melarang sebarang perhimpunan awam di tempat tertutup bermula 9 hingga 28 Februari depan.

Kuwait merekodkan 2,413 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan bilangan kes keseluruhan sebanyak 425,455.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya