fbpx

Krisis Ukraine-Rusia: Washington gelabah, Moscow kekal ‘tenang’

ANGGOTA tentera menjalani latihan ketenteraan melibatkan pasukan dari Rusia, Iran dan China di atas kapal di Lautan Hindi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam mengarahkan semua keluarga petugas kedutaannya di Ukraine supaya meninggalkan negara itu berikutan ancaman Rusia untuk menceroboh Ukraine semakin meningkat.

Jabatan Negara AS juga membenarkan mana-mana petugas untuk meninggalkan Ukraine secara sukarela dan mereka yang ingin keluar perlu melakukannya dalam kadar segera.

“Kami sudah berbincang dengan kerajaan Ukraine berhubung tindakan ini dan bekerjasama dengan beberapa sekutu serta kedutaan lain di Kyiv,” menurut Kedutaan AS di Ukraine.

AS mendakwa Rusia terus mengukuhkan kedudukannya dengan menempatkan lebih banyak anggota tentera berhampiran sempadan Ukraine biarpun negara itu berulang kali menegaskan mereka tidak mempunyai perancangan untuk melakukan sebarang pencerobohan.

Kedutaan AS di Ukraine turut memberi amaran ‘tindakan ketenteraan Rusia boleh berlaku pada bila-bila masa dan kerajaan AS tidak boleh memindahkan semua penduduk dalam keadaan tergesa-gesa, maka mereka dinasihatkan supaya untuk merancang perjalanan pulang segera’.

Kebimbangan Barat mengenai ancaman Rusia itu diburukkan lagi dengan tuduhan Britain bahawa Kremlin cuba menawan Ukraine secara ‘halus’ dengan menempatkan pemimpin pro-Rusia di Kyiv.

Selain itu, Jabatan Negara AS turut menasihati semua penduduk di negara ini supaya menangguhkan perjalanan ke Rusia dan Ukraine berhubung ketegangan yang berlaku.

Sementara itu, tidak dapat dipastikan berapa ramai penduduk AS yang berada di Ukraine ketika ini. – REUTERS

POPULAR

KOSMO! TERKINI