Korea Utara mengaku lancar peluru berpandu Hwasong-12 - Utusan Malaysia

Korea Utara mengaku lancar peluru berpandu Hwasong-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara mengesahkan pihaknya melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana, Hwasong-12.

Ia disifatkan sebagai pelancaran peluru berpandu paling berkuasa sejak tahun 2017.

“Ujian pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana darat ke darat dan jarak jauh, Hwasong-12 sudah dijalankan.

“Ia dilakukan bagi mengesahkan ketepatan, keselamatan dan keberkesanan operasi senjata tersebut,” jelas agensi berita KCNA.

Menurut KCNA, pelancaran peluru berpandu itu dilakukan dengan menggunakan pelancaran sudut tinggi bagi memastikan keselamatan negara jiran.

Jelasnya, kepala peledak itu dipasang dengan kamera untuk merakam gambar ketika berada di ruang angkasa lepas.

Jepun dan Korea Selatan mengesan pelancaran peluru berpandu balistik itu semalam yang merupakan ujian senjata ketujuh dilakukan Pyongyang pada Januari.

Kedua-dua negara tersebut mengecam dan menyifatkan pelancaran peluru berpandu itu sebagai ancaman kepada keselamatan serantau.

Malah, pegawai Korea Selatan memberi amaran Pyongyang mungkin akan memulakan semula ujian nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya