Korea Utara lancar peluru berpandu keempat - Utusan Malaysia

Korea Utara lancar peluru berpandu keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara didakwa melancarkan dua lagi peluru berpandu balistik hari ini, sekali gus menjadi yang keempat dilancarkan dalam bulan ini.

Biarpun dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa, Korea Utara dilihat tidak menghiraukannya apabila pemimpin negara itu, Kim Jong-un berikrar untuk memperkasakan pasukan tenteranya.

Dua peluru berpandu jarak pendek itu dilancarkan di timur sebuah lapangan terbang di Pyongyang pada awal pagi ini.

Menurut sumber ketenteraan Korea Selatan dan Jepun, dua peluru berpandu itu dilancarkan sebelum pukul 9 pagi waktu tempatan dan terbang sejauh 380 kilometer pada altitud 42 kilometer.

Pyongyang sebelum ini ‘mengakui’ melancarkan peluru berpandu hipersonik pada 5 dan 11 Januari lalu dengan pelancaran kedua disaksi Jong-un. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya