Korea Utara lancar peluru berpandu balistik pertama bagi 2022 - Utusan Malaysia

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik pertama bagi 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara didakwa melancarkan peluru berpandu balistik ke dalam laut semalam, iaitu kali pertama bagi tahun ini, berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Korea Selatan dan Jepun.

Dalam tempoh sedekad sejak Kim Jong-un mengambil alih kuasa pemerintahan, Korea Utara mengalami kemajuan pesat dalam teknologi ketenteraannya.

Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan ‘objek yang kelihatan seperti peluru berpandu balistik’ ke arah laut timur Semenanjung Korea kira-kira pukul 8.10 pagi (waktu tempatan). 

“Selepas mengadakan mesyuarat tergempar, majlis keselamatan negara Korea Selatan menyuarakan kebimbangan terhadap pelancaran itu,” jelas kenyataan dari pejabat presiden.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pula menyifatkan pelancaran senjata nuklear itu tidak seharusnya berlaku.

“Tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu secara berterusan sejak tahun lalu amat dikesali,” katanya.

Menurut Kishida, kerajaan Jepun ketika ini giat menganalisis beberapa butiran termasuk jumlah peluru berpandu yang mungkin sudah dilancarkan oleh negara berkenaan.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Jepun, Hirokazu Matsuno berkata, tiada laporan kerosakan pada pesawat mahupun kapal dikeluarkan setakat ini.

“Kami akan terus menganalisisnya, namun jika ia mengambil laluan biasa, peluru berpandu itu dijangka mencapai jarak kira-kira 500 kilometer (km) dan jatuh di luar kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Jepun,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN