Koleksi kereta Sultan Brunei lebih mahal dari kelab MU - Utusan Malaysia

Koleksi kereta Sultan Brunei lebih mahal dari kelab MU

KOLEKSI kereta mewah bernilai 4 bilion pound (RM22.57 bilion). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Koleksi kereta mewah yang dimiliki oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan bernilai lebih daripada keseluruhan kelab bola sepak, Manchester United.

Lapor Daily Star, Sultan Hassanal mempunyai koleksi kenderaan mewah bernilai empat bilion pound (RM22.57 bilion).

Red Devils yang merupakan antara skuad paling berharga di dunia pula dilaporkan bernilai sekitar 3.08 bilion pound (RM17.38 bilion).

Sultan Hassanal mempunyai sebanyak 600 buah kereta Rolls Royces, lebih 570 kereta Mercedes-Benz, lebih 450 kereta Ferrari dan lebih 380 kereta Bentley di garajnya.  

Dilaporkan, Sultan Hassanal memiliki nilai kekayaan bersih sekitar 13 bilion pound (RM73.36 bilion).

Anak saudara Sultan Hassanal iaitu Faiq Bolkiah merupakan pemain bola sepak yang dianggap paling kaya di dunia.   

Sebelum ini, Faiq, 23, pernah bermain untuk skuad Chelsea dan Leicester City.

Faiq baru-baru ini yang menandatangani kontrak dengan kelab bola sepak Chonburi, menjadi tular selepas menunjukkan aksi terbaik ketika menentang skuad Nongbua Pitchaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya